Popular Posts

Monday, 12 November 2012

Tips Mencari Pasangan


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua, salam kasih, salam cinta dari Kasih Suci. Hari ini ingin Kasih Suci ajak kalian semua yang berhajat memburu cinta dan ingin mencari pasangan untuk melihat beberapa tips dalam mencari pasangan.


Ramai yang putus asa dan tidak kurang juga ada yang malu dalam memulakan langkah mencari pasangan dalam hidup mereka. Jangan tunggu lagi, berusahalah mencari pasangan kamu.



1.  Biasanya jodoh yang menanti kalian ada berhampiran dengan kalian. Jarang orang bertemu jodoh yang berada jauh darinya. Mungkin kamu yang tak perasan siapa berada berhampiran kamu. Angkat muka dan lihat sekeliling kamu.

2.  Jodoh itu ketentuan Allah. Beusahalah dan bertawakal dalam mencari jodoh. Pasti Allah menemukan jodoh yang baik untuk kamu. Jangan malas untuk berusaha

3.  Ramai yang patah semangat untuk mencari jodoh dan akhirnya berserah dan menyerah. Patah semangat bukan cara terbaik untuk kamu bertemu jodoh dalam masa terpantas

4.  Daya tarikan sebenarn adalah dari hati yang murni bukan dari rupa paras yang cantik. Berusahalah mencuci hati agar lebih baik dan mulia agar ramai yang tertarik dengan kesucian hati kamu.

5.Seimbangkan hidup agar ada daya tarikan pada diri kamu. Hidup yang kelam kabut dan tak terurus akan membuat diri kamu nampak serabut dan hilang daya tarikan.

6.  Untuk mudah orang rasa sayang cuci hati kita dengan menjaga ibadah, perbanyakkan membaca al- Quran, beristighfar, memaafkan orang lain, solat taubat dan berfikiran positif.

7.  Sayangi orang di sekeliling anda agar diri anda juga disayangi. Jangan suka membenci orang sesuka hati.

8.  Pastikan diri sentiasa menarik setiap masa. Bersedia bertemu dengan sesiapa saja yang mungkin adalah jodoh anda. Perkara ini penting kerana biasanya mereka jatuh cinta pada pandangan pertama.

9.  Untuk lelaki , daya tarikan kamu biasanya pada pakaian manakala wanita biasanya daya tarikan mereka adalah pada paras rupa dan bentuk badan. Berusahalah memperbaiki kelemahan yang ada.

10.  Berkomunikasilah dengan mesra, bersemangat dan gaya bahasa dan lenggok badan yang baik dan menarik terhadap bakal pasangan anda. Jangan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan anda.

11.  Berbual dengan pasangan tentang apa yang mereka suka dan bukan apa yang kita suka. Mereka akan mudah terpikat pada insan yang memahami minat dan kesukaan mereka.

12.  Perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang penyayang dan memberi perhatian. Jangan sesekali bersekap kedekut atau terlalu berjimat terhadap bakal teman wanita anda.

13.  Keserasian antara dua pihak biasanya menjadi tarikan dia mengenali anda. ambil tahu minatnya dan cari keserasian bersama.

14.  Ambil tahu ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan. Jika dia minat wanita yang menutup aurat tak salah kamu berusaha berhijrah menuju keredhaan Allah dan menjadikan dia sebagai pembimbing kamu.

15.  Kenalpasti keistimewaan pasangan yang dia sendiri tidak tahu agar dia merasakan dirinya diperhatikan dan ada yang mengambil berat.

16.  Ramai yang menderita kerana pasangan terlalu cantik atau terlalu handsome. Ramai yang memuja pasangan akan membuat diri rasa tidak sepadan dan rendah diri. Pilihlah pasangan yang setara dan sepadan dengan kita, nak kata orang bagai pinang dibelah dua.

17.  Orang yang merasakan diri mereka hodoh, tak cantik akan rasa rendah diri dan patah semangat untuk mencari pasangan. Carilah keunikan dan kecantikan yang ada dalam diri kamu. Kecantikan dalaman akan terpamer terutama jika kamu bersikap positif dan yakin diri.

18.  Untuk menambat hati wanita keraplah bertanya apa aktivitinya, kegemarannya, perasaannya dan apa saja yang mereka lakukan. Wanita amat mudah tertarik kepada lelaki yang prihatin.

19.  Orang lelaki amat tak suka wanita yang suka menempelak kelemahannya dan merendahkan kedudukannya. Awas, itu sudah menjadi satu alasan dia menjauhi anda.

20.  Fahami bahawa lelaki bercakap secara objektif dan ringkas. Mereka tidak bercakap seperti wanita yang berjela-jela dan berlapik.

Fahami minat dan kegemaran si dia yang anda minati. Tanpa usaha bagaimana anda nak berdoa agar dipertemukan jodoh dengan si dia. Berusahalah, berdoa dan bertawakal kepada Allah, sesungguhnya tiap makhluk dijadikan berpasang-pasangan. Selamat berkasih sayang.

Salam sayang-Kasih Suci.

No comments: